
Kasih bapa sepanjang usia, begitulah yang dapat diucapkan apabila seorang lelaki bergelar ayah terkorban gara-gara menyelamatkan anak perempuannya dari kemalangan jalan raya.
Kejadian tragis itu berlaku di Gombak di mana si bapa didakwa menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dia dilanggar dan dirempuh sebuah lori.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan kejadian itu berdasarkan laporan diterima jam 6.11 petang.
“Siasatan awal mendapati lori jenis Nissan itu datang dari arah Sungai Tua sebelum pemandunya terdengar dentuman kuat di bahagian belakang sejurus tiba di lokasi kejadian.”Pemandu lori memberhentikan kenderaan untuk memeriksa sebelum mendapati sebuah motosikal berada di bawah lori,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu kejadian itu tular selepas foto di lokasi kejadian dimuat naik di media sosial sebelum dikongsi pengguna lain di Facebook Noor Ariffin berkata, penunggang motosikal berusia 39 tahun cedera parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Sementara pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan yang mengalami kecderaan pada kepala dan tangan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : BH
Leave a Reply