Malu Lihat Manusia Tamak Di Bufet Ramadan! Kambing ‘Menggunung’ Dalam Pinggan Tak Ingat Orang Belakang.

BULAN Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh mereka yang beragama islam.

Bagi pemilik restoran, sudah tentu mereka akan mencari cara untuk menggandakan keuntungan dan salah satunya dengan menyediakan bufet Ramadan ketika waktu berbuka.

Namun apa yang tidak sanggup dilihat, ada pelanggan yang bersikap tamak dan gelojoh apabila berbuka di bufet Ramadan sehingga akhirnya berlaku pembaziran.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nazri Hamdan di akaun Facebook miliknya, dia turut meluahkan rasa kesal melihat situasi ini.

Janganlah kita bersikap tamak dan gelojoh ketika melihat makanan. -Gambar hiasan

“Nak cerita sikit pengalaman berbuka menu bufet di sebuah restoran, kadang-kadang sedih tengok orang kita berbuka menu bufet.

“Sepatutnya bulan puasa inilah kena banyakkan bersabar dan kawal nafsu. Tak tahulah kalau korang ada pengalaman yang sama dengan saya,” katanya memulakan cerita.

Mengulas lanjut mengenai sikap tamak masyarakat ketika berbuka secara bufet, dia melihat golongan ini sebagai rakus, ibarat mempunyai semangat ‘cannibalism’ yang tinggi.

Tambahnya lagi, dalam keadaan tertentu mereka ini nampak seperti terlalu lapar seolah-olah tidak makan lebih dari seminggu.

“Mereka ini ambil makanan seolah-olah tak makan 18 hari.

“Ada yang berada di depan saya itu, kalau boleh semua makanan dia nak angkut. Bukan itu sahaja, ada juga yang sauk makanan lebih-lebih dan masukkan dalam beg tangan.

buffet 22

Bersederhana ketika mengambil makanan yang dihidang secara bufet. -Gambar hiasan

“Paling pantang tengok kambing bakar. Yang depan tu siap-siap akan sauk semua dulu sampai pinggan menggunung, langsung tak fikir orang lain di belakang,” kata lelaki itu.

Apa yang dilihatnya itu sekali gus mengundang rasa malu dalam diri sehingga dia merasakan lebih rela berbuka di rumah berbanding di luar.

Dalam pada itu dia turut bertanya jika ada netizen yang pernah berdepan pengalaman yang sama dengannya.
Seolah-olah tak makan 18 hari
Nazri Hamdan
“Kadang-kadang mereka ini macam tak pernah jumpa kambing, lepas muka dia, muka dia juga yang datang ambil kambing.

“Bufet yang biasa pun ramai yang ambil banyak sampai membazir. Perut sendiri pun tak pasti banyak mana yang boleh diisi. Apa salahnya kalau kita bersederhana dalam mengambil makanan dahulu.

“Pernah! Bila tak mampu nak habiskan, dia minta orang lain yang habiskan. Siap letak dalam pinggan kita dan paksa kita habiskan,” ujar beberapa netizen di ruangan komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*