Viral di platform X menunjukkan seorang guru wanita SMK bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan 5 orang anak.
Dah tegur tapi masih lagi menganggu
Menerusi akaun X pengguna dikenali sebagai Bellinda, dia dan keluarga telah memberi amaran kepada guru wanita berkenaan agar tidak menggangu pelajar tersebut namun mereka masih lagi menjalinkan hubungan.
Ujar pengguna X itu, dia terpaksa menularkan tindakan guru berkenaan kerana masih lagi menjalinkan hubungan dengan adiknya walaupun laporan polis sudah dibuat.
Guru SMK kantoi main cinta, dah lapor PPD dan polis tapi masih lagi berhubung
Menurutnya, sebelum mebuat laporan polis, mereka sekeluarga telahpun memberi amaran dan memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), namun seakan tidak berhasil apabila mereka masih lagi bertemu.
Guru SMK kantoi main cinta, ambil pelajar bawa pergi dating
Guru SMK kantoi main cinta, siap ada panggilan mesra
Beberapa tangkapan layar perbualan guru berkenaan dengan remaja berusia 16 tahun itu juga didedahkan bagi membuktikan mereka memang menjalinkan cinta walaupun pendidik tersebut merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata.
Meluah perasaan tanpa segan silu
Tak malu pegang2 tangan anak murid
Tujuan viralkan untuk beri kesedaran
Bellinda menyatakan tujuan dia memuat naik perkongsian tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa tidak semua guru ikhlas mendidik dan ibu bapa perlu lebih berhati-hati supaya anak-anak tidak menjadi mangsa guru yang tiada sikap profesional dalam pekerjaan.
Walau bagaimapun, hantaran yang dibuat pengguna X itu sudah dipadam dan akaun-akaun media sosial guru terbabit juga lesap selepas dirinya viral di media sosial.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : OMM
Leave a Reply