Pemandu Bas Sekolah Terima Pujian, Turunkan Murid Seorang Demi Seorang, Periksa Setiap Seat.. “Jujur Dan Amanah..”

PERKHIDMATAN van atau bas sekolah, pengasuh merupakan antara keperluan utama untuk ibu bapa pada masa kini.

Meskipun ramai menganggap kerja tersebut sebagai mudah, namun hakikatnya mereka yang terlibat mempunyai tanggungjawab yang besar.

Dalam satu video tular, seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar murid sekolah dilihat menurunkan setiap penumpangnya.

Perkhidmatan bas sekolah merupakan keperluan pada masa ini. -Gambar hiasan

Perkhidmatan bas sekolah merupakan keperluan pada masa ini. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, dia yang menyedari berlaku beberapa insiden membabitkan kecuaian penyedia perkhidmatan bas turut memeriksa ruang penumpang di bahagian belakang bagi memastikan setiap murid diturunkan serta masuk ke perkarangan sekolah dengan selamat.

Tindakannya itu bukan sahaja mendapat pujian warga maya, malah dia juga disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab serta tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

Malah kapsyen pada video yang dikongsikan itu turut menyatakan rakaman berkenaan dibuat selepas perjalanan kedua membawa murid sekolah dilakukan.

“Apabila kau buat kerja dengan ikhlas, orang lain tengok pun tumpang rasa syukur… terbaik tuan!

Second trip dah ni. First trip tadi pun dia turunkan anak-anak, seorang-seorang,” coret pemilik video.

Tingkah laku lelaki tersebut membuatkan video yang memaparkan dirinya menurunkan penumpang tular di media sosial sehingga mendapat perhatian warga maya.

Puas hati bayar mahal pun. Ni aku selalu nampak budak-budak turun sendiri.

WARGA MAYA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*