Ajal Di Bulan Ramadan… Peserta Tadarus Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran

SEORANG warga emas yang sedang membaca al-Quran sewaktu mengikuti majlis tadarus di sebuah masjid di Makassar, Indonesia, mengejutkan peserta lain apabila dia secara tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Ahad lalu di Masjid Nurul Ilmi.

Memetik laporan media tempatan, warga emas berkenaan dikenali sebagai Abdul Rasyid dan berusia 72 tahun.

Pengerusi jawatankuasa majlis tersebut, Nawadir Rahmat berkata, Abdul Rasyid meninggal dunia ketika membaca al-Quran selepas menunaikan solat zuhur secara berjemaah di masjid tersebut.

“Dia juga seorang pentadbir masjid, mengambil bahagian dalam majlis (tadarus) itu. Kerana dia mempunyai semangat yang tinggi untuk membaca al-Quran, jadi mungkin Allah menjemputnya dalam keadaan husnul khatimah,” kata Nawadir.

Nawadir menambah, jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Soppeng pada Isnin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*