Tuan Rumah Cekik Darah, Naikkan Kadar Sewa Selepas Penyewa Pasang Aircond Sendiri – “Kita Tak Minta Satu Sen Pun!”

CUACA panas sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai mula memikirkan cara yang terbaik untuk memastikan keselesaan ketika berada di rumah.

Langkah tersebut termasuklah memasang penyaman udara (aircond) di kediaman masing-masing.

Malah mereka yang menyewa rumah turut mengambil inisiatif sama hingga sanggup menggunakan kos sendiri untuk memasang peralatan elektrik itu.

Cuaca panas melampau merupakan antara faktor pemasangan penyaman udara di rumah. -Gambar hiasan

Namun situasi pelik tapi benar terpaksa dilalui seorang pemuda apabila pemilik rumah menaikkan kadar sewa gara-gara pemasangan penyaman udara.

“Kelakar pula owner rumah ni, kita tawar nak pasang aircond tanpa minta dia satu sen pun. Lepas tu tahu-tahu dia nak naikkan harga sewa.

“(Katanya) sebab kadar sewa ‘rumah dengan aircond‘ lain,” luahnya menerusi satu hantaran di laman X.

Menurutnya, keputusan tuan rumah amat mengejutkan dan menyifatkannya ia sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

“Sudahlah kita yang bayar elektrik, kita yang belikan aircond. Tahu-tahu sewa kena naik sebab ada aircond,” ujarnya.

Selain sewa rumah, penyewa juga perlu membayar bil utiliti seperti elektrik dan air. -Gambar hiasan

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa cadangan untuk memasang penyaman udara sudah diusulkan kepada pemilik rumah terlebih dahulu.

“Dah pernah tanya hari tu. Dia kata okay je. Tiba-tiba hari ni dia twist pula,” jelasnya.

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan drastik pemilik rumah dan bersimpati terhadap penyewa berkenaan.

Teruk tuan rumah ni, tak faham konsep orang menyewa.

NETIZEN

Segelintirnya berpendapat bahawa keputusan untuk menaikkan harga sewa rumah sebagai tidak logik dan melampau, lebih-lebih bil elektrik turut ditanggung penyewa.

“Mana boleh macam tu. Kita bayar bil elektrik sendiri, cuma dapatkan kelulusan je pun. Melampau tuan rumah tu.

“Teruk tuan rumah ni, tak faham konsep orang menyewa. Nasib tuan rumah aku fully furnished (sediakan perabot sepenuhnya), siap tukar aircond baru apabila rosak dan FOC (tidak dikenakan caj).

“Aik, orang lain yang keluar modal pasang aircond, tuan rumah pula ambil kesempatan naikkan sewa. Kalau macam tu, claim balik aircond dan semua kos tu dekat dia,” demikian antara komen netizen.

Pemuda itu perlu membuat pengiraan perbelanjaan dan komitmen bulanan. -Gambar hiasan

Malah, netizen turut mengesyorkan pemuda berkenaan supaya berbincang semula dengan pemilik rumah untuk menanggung kos pemasangan penyaman udara.

“Kalau tuan rumah nak naikkan sewa bulanan lebih tinggi sebab aircond, dia kena tanggung kos belian dan pemasangan.

“Beritahu dia kalau nak naikkan sewa, maknanya selagi kos aircond tersebut (contoh RM5,000) tertunggak, awak tak perlu bayar sewa dan hanya mula bayar semula bila hutang tuan rumah dengan kita dah habis. Kalau tak, masih terikat dengan harga sewa bulanan mengikut perjanjian sewa,” kata netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*