“Rezeki Kita Yang Atas Tentukan” – Penjual Burger Tetap Tersenyum Walau Untung Rm10 Setiap Hari.

Ramai orang zaman sekarang ni mengambil keputusan untuk berniaga walaupun apa yang diniagakan itu tidak membawa keuntungan yang besar.

Sama seperti wanita ini yang menjual burger pada setiap malam walaupun hasil jualan tidak setimpal dengan penat lelah dia bekerja.

Bisnes slow tak macam dulu

Menerusi hantaran video oleh @bosmel di TikTok, dia telah berjumpa dengan seorang wanita yang sedang sibuk berniaga burger pada waktu malam. Kata wanita itu, sekarang ini perniagaan makanan tersebut agak slow tidak seperti dahulu.

@bosmel

“kita letak 1 ja, rezeki bukan kita yang tentukan yang atas tentukan”

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari


Difahamkan, sudah 3 bulan wanita itu berniaga di Kota Bharu dan dia meluahkan rasa syukur jika 20 biji burger dapat dijual pada setiap malam. Wanita itu juga mempunyai tiga orang anak lelaki, dua daripadanya sudah bekerja dan satu lagi masih bersekolah.

Tak risau soal rezeki, yang penting jangan berdengki

Bosmel berasa hairan mengapa wanita itu menjual burger walaupun ramai orang turut berniaga makanan yang sama di kawasan itu. Menurut wanita tersebut, dia tidak risau tentang rezeki dan percaya ianya sudah diatur oleh Tuhan.

Kita letak satu sahaja, rezeki bukan kita yang tentukan tapi ‘yang atas’ tentukan. Kita berniaga je, jangan dengki apa cukuplah.

Tapi, janji dapat tu boleh buat modal pun dah cukup. Jangan sampai bankrap.

Wanita itu memberitahu jualannya tidak menentu pada setiap malam, kadang-kadang hanya mendapat RM50 sahaja.

Itu termasuk untung dengan modal.. untung tu adalah RM10 macam tulah. Sekarang barang mahal. Modal kalau habis semua malam ni.. RM50.

Bagaimanapun, Bosmel berbesar hati memberikan wanita itu lima keping RM50 untuk digunakan sebagai modal untuk 5 hari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita itu kerana selalu bersyukur dan tawakal ketika berniaga.

 

Kagum dengan akak ni… luar biasa dia punya tawakal!

 

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*