“HON dia, hon dia yang (sayang),” kedengaran suara seorang lelaki dalam satu video tular.
Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang wanita begitu teruja mengendalikan roda stereng mainan mudah alih (steering wheel) di tempat duduk penumpang hadapan, seolah-olah dia sedang memandu kereta tersebut.
Berkongsi cerita, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hanarii berkata, stereng mudah alih yang digunakan sebenarnya merupakan hadiah kejutan yang dibuat teman lelakinya.
Hanarii teruja menggunakan roda stereng dari tempat duduk penumpang hadapan.
Hanarii berkata dia pernah memandu sebelum ini, cuma pada masa ini tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk memandu lebih kerap.
“Dah lama ada lesen ni, dah lapan tahun selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Zaman universiti dulu berani memandu sekitar universiti sebab jalannya senang.
“Selain itu, saya juga memandu ketika balik ke kampung sebab jalan di lebuh raya lurus saja. Jika orang yang memandu penat, saya boleh tolong memandu sekejap.
“Tapi sebab tak ada kereta sendiri, maka saya jarang memandu. Maka tiadalah keberanian tu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Feel betul-betul macam drive tu tak adalah sebab memang tak sama dengan drive betul-betul.
HANARII
Menurut Hanarii lagi, dia sebenarnya berasa tidak yakin untuk memandu di jalan raya yang sibuk seperti di Kuala Lumpur sambil menambah dirinya seorang yang mudah terkejut.
Hanarii lebih yakin memandu di lebuhraya yang lurus dan tidak sibuk.
“Feel betul-betul macam drive tu tak adalah sebab memang tak sama dengan drive betul-betul. Saya hanya nak rasa seronok, teman orang sebelah yang penat memandu. Saya menghargai semua yang memandu secara berhemah,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply