Terkeluar Lebuhraya & Terus Ke Puncak Bukit, Satria Biru ‘Terbang’ Cetus Tandatanya..

Biasanya, kereta model Perodua Myvi yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana terlalu banyak aksi ‘luar biasa’ yang dibuat oleh pengguna kereta ini.

Tetapi kali ini giliran sebuah model Proton Satria yang menjadi bualan netizen apabila tular sebuah video kereta ini tersangkut di atas bukit tepi lebuh raya.

Video yang tular di laman TikTok itu telah mengundang kehairanan netizen bagaimana kereta tersebut boleh ‘terbang’ setinggi itu.

Dalam video yang dirakam pengguna jalan raya, Satria biru itu sedang dibawa turun menggunakan kren oleh pihak penyelamat.

Terbabas ke bahu jalan

Difahamkan, pemandu Satria pada awalnya berada di atas lebuh raya tiba-tiba terbabas ke bahu jalan sebelum terus menaiki lereng bukit dan terperosok ke dalam hutan.

Mungkin proses membawa turun kereta terbabit sukar, pihak yang terlibat terpaksa mendapatkan bantuan kren untuk diangkat turun ke bawah.

Setakat ini, punca bagaimana Satria itu hilang kawalan masih menjadi tanda tanya. Ada yang berpendapat, kemungkinan pemandu micro sleep sehingga menyebabkan dia terbabas.

Disebabkan kejadian yang berlaku dilihat agak luar biasa, rata-rata netizen meninggalkan komen terhibur dan tertanya-tanya bagaimana insiden begini boleh berlaku.

Pun begitu, netizen bersyukur kerana kemalangan itu tidak melibatkan pengguna jalan raya lain.

Harap owner dalam keadaan baik…

 

Sumber: Lobak Merah, TikTok 12

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*