Khairul Aming Tutup Kilang, Bawa Staf Shopping Raya … Setiap Orang Dapat Bonus ‘Berkepuk’!

SEPERTI tradisi setiap tahun, usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairulaming tidak lokek mengeluarkan wang untuk menggembirakan pekerjanya menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Khairul Aming telah menutup kedua-dua kilang produk Sambal Nyet dan Dendeng Nyet pada Isnin lalu (1 April) untuk membawa staf membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Khairul Aming Belanja Staf Sempena Persediaan Hari Raya Aidilfitri

Dalam video terbaharu dimuat naik di laman TikTok (@khairulaming), cef selebriti ini sekali lagi dilihat memberi layanan istimewa kepada para pekerjanya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)


Beliau menjelaskan mereka telah menutup kedua-dua kilang produk Sambal Nyet dan Dendeng Nyet pada Isnin lalu (1 April) untuk membawa staf membuat persiapan menjelang Syawal.

Tidak sekadar itu, mereka kemudian dibawa membeli-belah barangan keperluan dapur sebagai persediaan menyambut 1 Syawal.

Paling menggembirakan, usahawan berusia 31 tahun itu memberikan bonus raya kepada setiap pekerjanya sebagai tanda menghargai usaha serta penat lelah mereka membangunkan jenama produknya.

AMING 2

Para pekerja dibawa membeli-belah barangan keperluan dapur dan diraikan di hotel.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya memuji selebriti media sosial itu kerana sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

Tidak terkecuali, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga antara yang turut kagum dengan kemurahan hati pempengaruh itu.

AMING 3

Rata-rata warga maya memuji sikap pemurah Khairulaming yang tidak melupakan kebajikan pekerjanya.

Selain dibanjiri dengan pujian, ruangan komen juga turut meriah dengan komen lucu netizen yang berseloroh mahu bekerja di kilangnya.

“Bang, ada kerja kosong tak? Saya boleh jadi tukang rasa sambal.

“Macam manalah staf tak sayang bos baik macam ni. Selamat maju jaya Khairulaming dan team.

“Wow duit raya bukan kaleng-kaleng. Tebal benor!,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*