Bella Astillah Dituduh Ada Hubungan Dengan Pelakon Baharu, Akaun Tiktok Dedah Foto Dan Perbualan Mesra

BELUM reda isu membabitkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang ditangkap khalwat awal bulan lalu, kini timbul pula dakwaan kurang enak di media sosial tentang isterinya iaitu Bella Astillah.

Nama Bella menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu dikenali sebagai Muaz Zabir.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok menggunakan nama @edisiumat, akaun tersebut memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.

“Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit,” tulis Edisi Umat dalam ruangan kapsyen.

muaz 1

Tangkap layar yang didedahkan oleh TikTok Edisi Umat.

Dalam perbualan tersebut, Bella dan Muaz dilihat saling berbalas mesej selain menggunakan kata-kata panggilan mesra.

Malah hubungan tersebut didakwa sudah terjalin sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.

Dalam hantaran sama, swafoto mereka juga didedahkan sekali gus menampakkan kemesraan di antara mereka.

Menjengah ke ruang komen, netizen seakan-akan tidak percaya dengan apa dipaparkan akaun berkenaan selain tetap menunjukkan sokongan kepada aktres tersebut.

“Kantoi tak kantoi, saya tetap sokong Bella. Asyik dia disakiti, dia pun layak bahagia.

“Eloklah Bella move on, ini pun lebih kacak berbanding yang itu (Aliff).

“Muaz pun dah tutup komen, takkan betul pula. Tapi macam disunting pun ya juga,” antara komen netizen.

Sementara itu, usaha mStar cuba mendapat penjelasakan Bella mengenai perkara itu gagal apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Semakan terhadap akaun Instagram Muaz juga mendapati dia menutup ruang komen selain memadam beberapa gambar miliknya.

muaz 2

Muaz dan Bella dikatakan saling berbalas mesej.

Bella dan Muaz dikatakan pernah bekerjasama dalam sebuah drama pada September tahun lalu.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Manakala pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secar ekspres namun dan kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*