Jaafar Onn Meninggal Dunia

MENJELANG sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis serba boleh Jaafar Onn pada pagi Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun.

Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Mohamad Hanif Hashim, 30.

“Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.

size NP 1 - 2024-04-02T105239.895

Jaafar mengalami buang air besar berdarah dan dimasukkan ke hospital pada Isnin

“Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Selasa, Jaafar ditahan di zon kritikal wad kecemasan hospital berkenaan selepas membuang air besar berdarah pada malam sebelumnya.

Bacaan haemoglobin dan tekanan darah Allahyarham juga berada pada paras rendah ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik.

Arwah mengalami buang air besar berdarah sebanyak tiga kali sejak Julai tahun lalu.

Ketika itu kesihatan Jaafar semakin merosot sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak akibat kakinya bengkak.

Program mStar Baek kerjasama KPJ Healthcare Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform digital mStar setiap hari Khamis bermula 28 Mac lalu.

size NP 1 - 2024-04-02T104707.991

Keadaan Jaafar sewaktu mStar menyantuni aktor itu di kediamannya.

Untuk rekod, Jaafar memulakan karier seninya sekitar tahun 1970-an dengan menyertai sebuah kumpulan tarian yang popular zaman itu dan pernah membuka kelas tarian dikenali Maya Studio, bertempat di Bangsar.

Pada 1973, dia dipelawa pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyertai rancangan masakan Dunia Wanita yang ketika itu dihoskan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail.

Bermula dari situ, nama Jaafar dikenali ramai sebagai tukang masak.

Tidak hanya berbakat sebagai tukang masak, Jaafar juga melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon pada era 1980-an apabila muncul dengan telefilem pertama lakonannya Lagenda Lela Manja.

CILI-696x385

Jaafar bersama pelakon-pelakon drama Cili Padi.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham berlakon dalam banyak filem tempatan antaranya XX Ray, Sama Tak Serupa, Suami Isteri Dan…, Aku Nombor Satu, Tipah Tertipu The Movie, Rock Oo dan Kampung Latah The Movie.

Allahyarham juga cukup terkenal dengan drama bersiri ikonik Cili Padi menerusi watak Cikgu Jaafar yang ditayangkan pada pertengahan 1990-an.

Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Anne Ngasri, Melissa Saila, Tam Suhaimi dan Nik Fariz Nik Fadzil.

Jaafar meninggal dunia pada pagi Rabu.

Jaafar dikenali sebagai artis serba boleh.

Malah, Jaafar juga pernah meluahkan hasrat sangat mengimpikan untuk menerbitkan semula sitkom terkenal Cili Padi itu.

Arwah yang berasal dari Johor juga pernah menghasilkan album selain sering berduet dengan rakan artis seperti Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil dan Haiza dalam setiap persembahan mereka.

Dalam rumah tangga pula, Jaafar juga pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1983, namun bercerai pada 1987.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Amira.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*