Usahawan makanan, Kieda Crepe mendedahkan dia sanggup guna duit simpanan beri bonus raya kepada kesemua staf.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kieda di laman TikToknya, dia juga akui mengikut cara influencer popular, Khairul Aming dalam menghargai pekerja.
Katanya, dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk salurkan bonus kepada staf memandangkan hasil jualan bulan Ramadan tidak memberangsangkan.
Guna duit simpanan beri bonus
Pada awalnya, dia tidak berhasrat untuk memberikan ganjaran kepada kesemua pekerjanya namun, Kieda sanggup menggunakan wang simpanan sendiri demi menghargai jasa stafnya yang telah bertungkus lumus selama ini.
“Memang betul saya tiru cara Khairul Aming, saya suka cara memberi kebaikan untuk orang lain. Jangan marah saya tau.
“Kieda tutup kedai last minit sebab nak buat kejutan untuk team work Kieda yang mana semua dah tahu bulan ni sales memang jatuh teruk sangat dan bonus raya tak dapat.
“Tetapi saya dan team lain bekerja keras tak putus asa sebab kita yakin dengan rezeki Allah dan kita berusaha ada hasilnya. Hari ini buat kejutan untuk staf-staf, saya keluarkan wang simpanan sendiri untuk diberikan bonus bagi menghargai staf yang dah berjuang dengan saya walaupun sales drop.
“Saya beritahu kepada staf, tahun ini saya beri bonus melalui simpanan sendiri dan bukan simpanan syarikat. Saya nak pastikan semua team saya beraya dengan gembira dan dapat berbelanja lebih untuk keluarga.
“Kita tak dapat keluarkan duit syarikat sebab tak capai target, untuk bulan Ramadan tahun ini bulan yang teramat struggle untuk saya dan peniaga lain,” katanya.
Guna duit simpanan beri bonus
Bukan itu sahaja, Kieda turut memohon maaf kepada semua pekerja kerana tidak dapat membeli pakaian raya untuk mereka namun, digantikan dengan belanja barang keperluan harian.
Sekadar info, influencer dan usahawan Khairul Aming menjadi perhatian ramai apabila dia memberi bonus ‘berkepuk’ kepada 100 staf dari kedua-dua buah kilang Nyet selain diberi cuti seminggu dan berbelanja keperluan raya.
Video:
Sumber: OMM
Leave a Reply