Aliff Aziz Enggan Bercerai, Masih Sayangkan Bella Astillah

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz tidak bersetuju menceraikan isterinya Bella Astillah pada sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Aliff, 33, selaku defendan kes tersebut memaklumkan keputusannya itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat.

Pelakon asal Singapura itu memberitahu mahkamah dia memerlukan masa sebelum membuat keputusan dan masih sayangkan Bella.

“Ini bukan satu keputusan yang boleh saya fikir dalam satu hari (bercerai). Saya perlukan masa.

alif m1

Aliff ketika hadir ke mahkamah ditemani ibu.

“Saya tidak berseuju (bercerai). Saya masih sayangkan Bella,” katanya.

Susulan itu, Wan Mohd Najib mengarahkan pasangan berkenaan melalui proses Sulh dan melantik wakil bagi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, melantik kakak angkatnya sebagai wakil manakala Aliff menamakan ibunya iaitu Siti Hafiza Basharahil.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Jun sebagai sebutan semula kes.

Bella diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais manakala Aliff diwakili Hadi Salleh.

Untuk rekod, Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu selepas pelakon dan penyanyi itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

2

Kes pasangan ini akan disambung semula pada Jun depan.

Pada petang Rabu, Bella mendedahkan Aliff pernah meluahkan hasrat bercerai pada pertengahan Februari lalu kerana sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Bella berkata, dia terkejut dengan permintaan tersebut kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*