TIADA anak yang mahu hubungan ibu dan bapa mereka berakhir dengan perpisahan.
Ini kerana bukan mudah untuk mereka meneruskan kehidupan dalam keluarga yang berpecah-belah.
Begitulah situasi yang dilalui seorang wanita selepas ibu bapanya bercerai dan membawa haluan masing-masing sejak dua tahun lalu.
Memulakan cerita, wanita itu berkata ibunya kini sudah bertemu pengganti dan sudah berkahwin lain.
Tidak dapat menahan kesedihan di atas apa ujian yang dilalui. -Gambar hiasan
Tanpa menyatakan sebab penceraian ibu dan bapanya, wanita itu bagaimanapun memberitahu dia dihalang daripada berhubung dengan ibunya.
“Mak saya dah kahwin lain. Ayah dan kakak pula tak benarkan saya cari mak,” katanya menerusi satu luahan di grup Facebook.
Mungkin kerana terlalu rindu, wanita itu memberitahu dia sering mengalami mimpi yang sama berulang kali tentang ibunya.
“Beberapa hari ni saya asyik mimpi pasal mak. Kadang-kadang saya guna telefon tunang saya untuk tengok rutin harian mak dekat Facebook.
“Dalam hati saya tertanya-tanya mak cukup makan ke? Sihat ke dia? Macam-macam persoalan timbul dalam fikiran saya. Sebelum ni susah saya nak jumpa mak atas alasan tak bersedia,” ujarnya.
Tanpa diberikan sebab, bapa tidak membenarkan untuk bertemu dengan ibu. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu lagi, dia bersyukur kerana mempunyai seorang tunang yang amat memahami situasi keluarganya, malah sentiasa memberikan nasihat.
“Tunang saya asyik tanya bila lagi nak jumpa mak. Dia pun banyak bagi nasihat dekat saya. Siap cakap walau apa pun kesalahan mak, dia tetap mak saya,” jelasnya.
Apapun kesalahan mak masa lalu, jangan jadikan asbab untuk tidak menghiraukan dia.
NETIZEN
Atas sokongan tunang juga, dia berhasrat untuk bertemu dengan ibunya semula setelah sekian lama terpisah.
“Bulan depan saya ingat nak jumpa mak tanpa pengetahuan ayah dan kakak. Saya rindu sangat dengan mak. Doakan urusan saya dipermudahkan ye,” katanya.
Masih terbayangkan susuk tubuh ibu. -Gambar hiasan
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi sokongan kepada wanita itu untuk menerima ibunya kembali dengan hati yang terbuka.
“Itulah yang terbaik. Jumpalah mak sementara dia masih ada. Apapun kesalahan mak masa lalu, jangan jadikan asbab untuk tidak menghiraukan dia. Apapun dia tetap mak dunia dan akhirat.
“Carilah mak. Yang bercerai tu mak dan ayah. Awak sebagai anak tak ada istilah cerai. Carilah, mana tahu dia pun rindu anak-anak.
“Semoga dipermudahkan urusan awak. Selagi mak hidup, carilah kalau awak sendiri yang memang rasa perlukan mak. Jangan nanti mak dah tak ada, penyesalan tu kekal ke akhirnya,” demikian antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply