Al-Fatihah buat tiga lelaki warga Pakistan yang meninggal dunia dilanggar pemandu gila semasa dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Kejadian yang berlaku pada pagi raya di Teluk Intan itu menyentuh hati kita semua. Pemandu Proton Saga yang melanggar mati tiga mangsa sudahpun mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini.
Tertuduh, Mohd Azizol Abdul Rasheed berusia 36 tahun itu mengangguk faham dan mengaku bersalah di hadapan Majistret T Ashvinii.
Tertuduh didapati telah memasukkan dadah jenis tetrahydro-cannabinol (THC) dengan cara menyalahi undang-undang. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan dibaca bersama Seksyen 38b (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Tertuduh kemudian dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin dan perlu melapor diri di balai berdekatan setiap dua minggu sekali.
Ketika kejadian, tertuduh telah merempuh enam orang lelaki warga Pakistan di mana tiga maut dan tiga lagi cedera parah.
Identiti tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31; Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33. Tiga lagi individu cedera ialah Kamran Muhammad Wali, 26; Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23.
Kejadian berlaku di Kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor, dekat Batu 12 Changkat Jong. Tertuduh yang juga bekerja sebagai pembantu kedai telah terbabas dan melanggar mangsa.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit :Buletin TV3
Leave a Reply