
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Abby Abadi memuat naik video momen berjumpa dengan menantunya yang juga suami kepada Marissa Dania iaitu Aslam.
Dalam video tersebut, Marissa dan Aslam dilihat hadir menaiki satu kereta ke rumah Abby. Turut kelihatan Norman Hakim dan Memey menyambut kedatangan mereka.
Abby turut menulis kapsyen kedatangan bulan Syawal mengajar diri kita bahawa ada peluang untuk perbaikit setiap kesilapan lalu.
“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki. Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dapat dilihat dalam video tersebut, Marissa berpelukan dengan Abby kemudian Aslam pula bersamalam dengan ibu mentuanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat momen Abby berpelukan dengan Marissa serta dapat melihat kesedihan seorang ibu.
Malah, dalam masa yang sama ada yang meluahkan rasa kesihan pada isteri pertama Aslam dengan apa yang berlaku namun memuji Abby yang reda menerima dengan baik menantunya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit :rotikaya
Leave a Reply