
Aktres Puteri Sarah Liyana menegaskan perceraiannya dengan Syamsul Yusof tidak akan sesekali memutuskan hubungan kasih sayangnya dengan keluarga bekas mentua.
Antara yang paling terkesan dengan penceraian itu adalah bekas ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang bersedih dengan berita tersebut dan masih berharap Syamsul dan Puteri Sarah kembali berbaik.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, berkata, sebagai menantu dia memahami perasaan ibu bapa mentuanya dan berjanji akan menjaga silaturahim dengan mereka meskipun sudah tiada ikatan dengan Syamsul.
Perbualan Sarah dan Patimah undang sebak.
“Sarah tahu mama dan papa sedih, apa pun terjadi mama dan papa tetap ibu bapa buat Sarah. Tidak akan berubah. Sarah sayang anda berdua sampai akhir,” katanya.
Aktres itu berkongsi perasaannya itu menerusi Instastory pada pagi Khamis yang memaparkan tangkap layar perbualan dengan Patimah.
Menerusi perbualan tersebut, Puteri Sarah meminta izin untuk pergi ke sebuah tempat bagi urusan kerja dan memaklumkan akan menginap di rumah mereka.
Perbualan itu disambut baik Patimah dan memberitahu hubungan mereka akan terus kekal baik walaupun dia sudah berpisah dengan anaknya.
“Jangan cakap macam itu, Papa kata tak ada apa yang berubah antara Sarah dengan keluarga mama. Kami tetap sama seperti dulu,” kata Patimah dalam mesej berkenaan.
Pada Rabu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup kira-kira pukul 12.25 tengah hari.
Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu pada Rabu.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian mereka.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply