“Semua Lari Selamatkan Diri!” – Kecoh Insiden Tembakan Di Klia 1, Lelaki Cuba Bunuh Isteri.

SEMUA lari menyelamatkan diri. Kes menembak dalam terminal. Polis kerja-mengejar dalam terminal tu.”

Demikian kedengaran suara orang awam menerusi rakaman dalam salah satu video yang tular.

Kecoh di media sosial mengenai insiden tembakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1), pada awal pagi Ahad.

Insiden tembakan itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata, kejadian tembakan berlaku di balai ketibaan KLIA 1, pada 1.30 pagi Ahad.

“Seorang lelaki telah melepaskan tembakan sebanyak dua kali. Salah satu tembakan telah terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Bagaimanapun, Hussein berkata, mangsa mengalami kecederaan parah, manakala suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Jelas beliau lagi, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

“Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan melancarkan operasi ke atas suspek yang dipercayai telah melarikan diri ke utara,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keadaan di KLIA 1 adalah terkawal dan selamat.

“Kejadian ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*