Marissa Kongsi Foto ‘Wefie’ Bersama Umisya.

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania akhirnya bersua muka dengan madunya, Umisya Mazlan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, isteri kedua kepada Aslam sempat berkongsi swafoto bersama madunya, Umisya.

Meskipun tidak menjelaskan secara lanjut berhubung pertemuan mereka, namun Marissa hanya menulis di ruangan kapsyen mengatakan bahawa ada beberapa andaian memerlukan penjelasan.

Penjelasan ringkas itu seakan memberi jawapan kepada netizen mengenai konflik hubungannya dengan Misya.

Untuk rekod, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai.

 

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*