Keluarga Suami Nak Datang Beraya, Isteri Kelam-kabut Mengemas… Rupanya Sengaja Biar Rumah Bersepah Sepanjang Masa!

SEPANJANG bulan Syawal, kediaman kita pasti akan dikunjungi sanak-saudara serta rakan taulan yang datang untuk beraya.

Sepanjang tempoh ini juga, kita akan memastikan kediaman berada dalam keadaan kemas dan bersih untuk menerima kedatangan tetamu pada bila-bila masa.

Di Facebook, seorang wanita meraih perhatian apabila dia berkongsi tentang rumahnya yang sentiasa bersepah dan hanya dikemas ala kadar sahaja.

Antara dekorasi yang boleh dibuat bagi menaikkan seri rumah ketika Syawal. -Gambar hiasan

Justeru wanita itu turut berharap para tetamu tidak datang mengejut, sebaliknya memaklumkan kehadiran mereka lebih awal bagi membolehkan dia membuat persediaan

“Sejujurnya rumah saya bukanlah rumah yang boleh dikunjungi secara mengejut dan tiba-tiba. Maksudnya, tanpa beritahu apa-apa tiba-tiba sampai depan rumah. Anak-anak saya sedang membesar dan mereka dalam fasa suka ‘mengemas’ rumah.

“Saya bukanlah malas nak kemas rumah, tapi kadang-kadang tu rasa fed up. Kemas sekejap, lima minit kemudian bersepah semula. Baru sapu dan mop, 10 minit kemudian dah ada semula bread crumb, biscuit crumb dan segala jenis crumb lagi.

Apabila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara… kalau bersepah sekalipun, buat-buat aje tak nampak.

ISTERI

“Kemas kat depan, kat belakang pula berterabur. Jadi, saya kemas rumah ala kadar je la hari-hari. Menyapu pun setakat mana yang larat sahaja. Alhamdulillah suami saya bukan sejenis yang suka merungut dan mengarah-arah,” ujar wanita itu.

Berkongsi situasi sempena lebaran kali ini, wanita itu berkata dia terus mengemas rumahnya selepas dimaklumkan tentang hasrat saudaranya yang mahu datang beraya.

“Jadi, semalam apabila mak saudara suami beritahu nak datang ke rumah hari ni, sepantas kilat saya bangun kemas rumah. Kalau tak kemas takut pula mereka sakit jantung tengok.

“Dari belakang sampai ke depan bersepah. Kat mana-mana pun ada mainan anak. Sedikit peringatan untuk kita semua, termasuk diri saya sendiri.

“Kalau nak bertandang ke rumah sesiapa pun, pastikan beritahu tuan rumah terlebih dahulu,” ujarnya.

Di akhir perkongsian, dia juga memberi pesanan kepada semua agar tidak menghakimi kediaman orang, apatah lagi menyebarkan aib yang dilihat ketika bertandang.

Interview at Rumah Charis. The children's home was partially burnt down in a fire and needs funds for repairs.

Bukan hanya tetamu, malah penghuni sendiri tidak selesa jika rumah berada dalam keadaan bersepah. -Gambar hiasan

“Kasihan mereka kalau datang secara mengejut. Untuk menjaga aib tuan rumah pun ya juga. Kita sebagai manusia biasa mesti terdetik di hati walaupun sedikit kalau rumah mereka bersepah.

“Apabila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara. Kalau bersepah sekalipun, buat-buat aje tak nampak. Dah balik. Jangan pula nak mencanang ke sana sini,” pesannya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*