Baju Nikah Kena Seterika, Isteri Sulam Bunga Tutup ‘Lubang’! Suami Pakai, Tetap Nampak Hensem.

Malang tidak berbau, situasi itulah yang perlu dilalui seorang isteri yang mana baju Melayu suaminya ‘berlubang’ terkena seterika.

Kisahnya itu meraih perhatian ramai apabila kesan kerosakan pada baju tersebut ‘ditutup’ dengan corak bermotifkan bunga.

Berkongsi cerita, Nurul Husna Abdul Halim berkata, baju Melayu warna ‘baby blue’ itu dipakai suaminya pada hari kedua sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, baju tersebut sebenarnya adalah baju nikah yang dipakai semula untuk raya tahun ini kerana tidak mahu membazir membeli pakaian baharu.

“Ketika itu kami hendak menghadiri kenduri saudara, saya guna seterika yang tak biasa digunakan ketika menggosok baju. Letak sekali, terus tak sengaja buat baju suami terbakar.

“Saya terkejut, risau dan sedih sebab itu baju nikah kami. Tapi suami tenang orangnya, walaupun nampak sedih, dia faham sebab tak sengaja dan terus hadir ke majlis tersebut dengan keadaan baju yang lengannya berlubang,” katanya.

Baju nikah yang diguna semula untuk sambutan Aidilfitri.

Walaupun insiden tersebut sudah lama berlaku, dia yang mesra disapa Cik Una perlu melakukan sesuatu bagi menutup kesan terbakar itu memandangkan baju tersebut hendak dipakai sekali lagi sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Niat saya hanya untuk membetulkan baju Melayu suami yang ada nilai sentimental kepada kami.

NURUL HUSNA ABDUL HALIM

Tanpa berfikir panjang, dia membuat keputusan untuk menjahit sulaman pada bahagian yang berlubang.

“Saya rasa serba salah nak biar suami pakai baju yang berlubang lagi. Jadi saya pun buat sulaman di atasnya… saya nak tutup ‘aib’,” ujarnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Baju Melayu yang sudah disulam di bahagian lengan.

Menurut Cik Una, dia hanya menjahit sulaman pada lengan kiri baju Melayu suaminya yang berlubang akibat terkena seterika.

“Sulaman di lengan kiri sahaja. Tak sempat nak sulam lagi sebelah, tapi sebenarnya bagi saya sulaman tu elok di sebelah sahaja.

Suami segak berbaju Melayu dengan sulaman corak bunga.

Suami menghargai hasil kerja dan kreativiti isteri.

“Suami tak marah. Lagipun dia pun suka kraftangan dan sentiasa sokong hasil kerja saya. Bagi saya, ada masa kita perlu kitar semula baju tapi bergantung kepada situasi.

“Kalau bajunya masih elok, kerosakannya tidak teruk, tak salah kalau kita cari cara untuk selamatkan baju tu. Seperti saya, sukakan kraftangan dan DIY.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*