“Dasar Jantan Munafik,” Bengang Digelar ‘Geng Secondhand’, Puteri Sarah Sekolahkan Lelaki Pengecut

Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang dikatakan kerap menghantar mesej peribadi (DM) berbaur hinaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Puteri Sarah memaklumkan individu berkenaan sekali lagi bertindak biadap dengan meninggalkan komen di Instagram melabelkan dirinya dan rakan artis, Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’.

“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” katanya.

Sarah disekat oleh lelaki tersebut di media sosial.

Sarah disekat oleh lelaki tersebut di media sosial.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendedahkan lelaki tersebut sudah menyekatnya di media sosial.

“Ehh? Pengecut rupanya block kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.

“Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba profile semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar,” ujarnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memuat naik video trend lagu ‘Alamak Raya’ bersama Bella Astillah dan Didi Astillah di Instagram miliknya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk komen daripada lelaki yang mendakwa Puteri Sarah dan Bella adalah ‘geng secondhand’ kerana sudah berpisah dengan suami.

Puteri Sarah (kiri) memberikan semangat buat Bella (kanan).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*