
Dalam keterujaan beraya ke rumah sanak saudara, ibu ayah yang sakan berborak biasanya akan melepaskan anak mereka untuk bebas bermain dengan kanak-kanak lain di sekitar rumah. Namun saat ini juga, anak-anak yang terlalu gembira bermain tanpa pantauan ibu bapa cenderung melakukan ‘projek’ tidak terjangkau dek akal.
Dia sorang je berani pakai…Punya sayang Tokmak dia gigi palsu pun dia pakai
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah di laman Instagramnya, dia memanggil Tiara untuk memeriksa bendasing di dalam mulutnya.
Gigi palsu nenek
Pelawak yang berusia 38 tahun itu meluahkan rasa terkejut apabila Tiara telah memakai gigi palsu neneknya dan lantas meminta anaknya mengeluarkan gigi buatan tersebut.
“Jem otak ayah nakk..” ujar Achey di kapsyen
Gigi palsu nenek
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Tiara yang selamba memakai gigi palsu neneknya tanpa mempunyai perasaan geli.
Ini baru betul keturunan lawak!
Bukan itu sahaja, netizen juga tidak menafikan Tiara mempunyai kebolehan seperti ayahnya dalam menghiburkan orang ramai dan berharap anak kecil itu dapat menjalani zaman kanak-kanaknya dengan penuh kegembiraan.
Sekadar info, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada tahun 2018 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : OMM
Leave a Reply