Cikgu Berstatus Isteri Orang Ditangkap Berbogel Dalam Kereta, Kantoi Jalin Cinta Dengan Pelajar.

SEORANG guru wanita di New Jersey, Amerika Syarikat dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki.

Jessica Sawicki merupakan seorang guru bahasa Inggeris berusia 37 tahun di Hamilton High School West di Trenton.

Pada Ahad, Sawicki dan seorang pelajar sekolah itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di dalam sebuah kereta.

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama sebaliknya Sawicki melakukan perbuatan itu beberapa kali sejak Disember tahun lalu.

Menurut afidavit, Sawicki mengaku kepada penyiasat bahawa dia dan budak lelaki berusia 16 tahun itu melakukan persetubuhan “tanpa perlindungan” sebanyak lima kali.

Perbuatan jijik yang terbongkar itu menyebabkan dia didakwa dengan lima pertuduhan serangan seksual tahap dua.

Selain itu, dia turut didakwa dengan lima pertuduhan tahap dua kerana membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Ekoran kes itu, Sawicki diberi cuti sementara dan pihak sekolah juga memberi kerjasama penuh ke atas siasatan berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*