Tak Masuk Akal. Lelaki Ralat Beli Nasi Lemak Di KLIA, Harga Rm63.10

Seorang lelaki ralat beli nasi lemak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di laman X, dia meluahkan rasa terkejut dan menganggap dua bungkus nasi lemak yang berharga RM63.10 dengan berlaukkan ayam goreng adalah tak masuk akal sama sekali.

Lelaki ralat beli nasi lemak

“Ini KLIA, adakah anda tidak memantau harga? Nasi Lemak dengan harga RM63.10. Adakah semua harga makanan di lapangan terbang mahal atau mungkin hidangan mewah? Tapi ini tak masuk akal.
“Cuma ayam goreng, ikan bilis, nasi dan sesudu sambal yang diletakkan dalam kotak,” ujarnya.

Lelaki ralat beli nasi lemak

Lelaki ralat beli nasi lemak

Bukan itu sahaja, dia turut memberi cadangan untuk meningkatkan kualiti menu makanan yang disediakan agar ia berpadanan dengan harga yang dibayar pelanggan.

“Mungkin ia ok dengan harga premium tetapi sekurang-kurangnya biarlah makanan itu kelihatan premium. Adakah ini benar-benar berbaloi dengan harganya? Soalnya.

Memang itu harga di KLIA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui harga makanan di KLIA sangat mahal dan memberi cadangan supaya orang ramai membeli makanan di luar yang lebih murah serta berbaloi.

Ada juga setuju dengan pandangan lelaki tersebut

Bagaimanapun, netizen juga bersetuju dengan pandangan lelaki tersebut supaya pihak KLIA meningkatkan lagi kualiti makanan mereka agar ia setanding dengan harga yang ditawarkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*