PENGAMAL seks bebas dan songsang merupakan individu yang berisiko untuk dijangkiti HIV dan AIDS.
Di platform X, seorang pemuda meraih perhatian selepas dia berkongsi cerita tentang rakannya yang bersungguh-sungguh mahu berubah selepas dijangkiti HIV.
Apa yang menyedihkan, dia mendakwa rakannya itu mula ligat melakukan perbuatan terkutuk selepas keadaan kesihatannya semakin baik.
Dakwanya lagi, dia mengetahui rakannya itu kembali aktif di sebuah aplikasi rangkaian sosial popular untuk golongan gay.
“Dua tahun lepas punyalah kau menangis-nangis, mengadu dekat aku yang kau kena HIV. Aku yang temankan kau ke hospital.
“Tiap hari ingatkan kau untuk makan ubat. Masa tu tiap-tiap malam kau buat solat taubat dan janji nak berubah.
Sekarang dah okey, dia makin menjadi-jadi, paling ligat di Grindr tu.
PELAYAR X
“Sekarang bila dah Undetectable Viral Loads (UVL), kau aktif balik kat aplikasi tu. Lupa dah janji-janji kau dengan aku,” dedah pemuda itu.
Selepas perkongsian itu dibuat di laman X, beberapa individu lain turut berkongsi kisah hampir sama yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan mereka.
“Samalah member aku pun macam tu, dia ada HIV. Lepas tu sakit teruk berbulan juga. Tapi dia insaf sekejap.
“Sekarang dah okey, dia makin menjadi-jadi, paling ligat di aplikasi tu. Nasihat dah macam-macam, marah pun dah… dia buat tak tahu je,” ujar seorang pelayar X.
Seorang lagi individu mendedahkan dia berdepan situasi sama apabila rakan serumahnya yang menghidap HIV tidak serik untuk melakukan aktiviti seks songsang.
“Cerita kita sama. Rakan serumah aku kena HIV. Ulang-alik teman dia ke Hospital Sungai Buloh. Ada enam bulan je insaf.
“Lepas tu seminggu, tiga ke empat orang dia bawa balik. Sampai budak sekolah pun ada. Sudahnya aku dengan seorang lagi penyewa suruh dia keluar je,” cerita individu itu pula.
Pengamal seks songsang berisiko terkena HIV. -Gambar hiasan
Dalam pada itu, netizen berkata apa yang berlaku merupakan lumrah manusia yang mana iman seseorang itu sentiasa naik turun, malah hati mereka juga sering berbolak-balik.
“Sedih untuk melihat kadang-kala komuniti kita sendiri yang menyebarkan stigma secara tidak langsung kepada kami. Rasanya semua manusia sama. Iman tu naik turun. Lebih baik doakan atau nasihat secara terus.
“Fitrah hati manusia adalah sentiasa berbolak-balik dan bertukar. Terdapat juga perumpamaan yang menyamakan hati manusia berbolak-balik lebih pantas daripada air yang mendidih dalam sebuah periuk.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply