“Demi Rezeki Halal” – Hafidz Roshdi Kesal Dihina Kerja ‘Lalamove’

Pelakon Hafidz Roshdi, 30, kembali berkongsi di media sosial mengenai kerjaya baharunya sebagai penghantar barang, namun terkilan apabila ada yang memandang rendah terhadap pekerjaan itu.

Menerusi hantaran dibuat di Instagram Story miliknya, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi berkata, dia berusaha bekerja bagi mencari rezeki untuk anak-anaknya dan menyara keluarga.

Dihina kerja Lalamove?

Bagaimanapun, Hafidz meluahkan rasa kesal apabila dia mendapati ada beberapa pihak yang menghina pekerjaannya itu.

Saya gembira saja kerja dengan Lalamove tetapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya.

Rezeki yang halal

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu memohon doa daripada orang ramai agar dia dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat memberi nafkah halal kepada anak-anak.

Sebelum ini, bekas isteri Hafidz iaitu Nur Shuhada memaklumkan aktor itu culas membayar nafkah anak-anak, Humairah dan Umar. Malah, hanya memberi RM100 setiap seorang anak mereka.

Shuhada

Bagaimanapun pada Mac lalu, Shuhada memaklumkan Hafidz sudah pun menaikkan jumlah bayaran nafkan untuk anak mereka sebanyak RM200 sebulan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*