Gunung Berapi Erebus Muntahkan Debu Emas

Luarbiasa. Gunung berapi biasanya memuntahkan lahar api panas, tetapi yang ini seolah-olah hujan emas turun dari langit.

Kejadian unik berkenaan berlaku di Gunung Erebus yang merupakan gunung berapi paling aktif di Antartika. Ia terletak di antara dua lapisan glasier.

Benua beku itu memuntahkan ketulan-ketulan emas kecil bernilai sekitar AS$6,000 (RM28,656) setiap hari.

Kira-kira 80 gram emas dimuntahkan setiap hari melalui letusan gelembung gas, manakala emas dikesan sehingga sekitar 900 kilometer dari gunung berapi itu. Demikian menurut penyelidik Antartika.

Bukan itu sahaja, ia kerap mengeluarkan kepulan gas dan wap serta bongkah batu separa cair yang dikenali sebagai ‘bom gunung berapi’.

Malah, paling mengejutkan saintis apabila letupan gas tersebut turut memuntahkan kristal kecil iaitu emas logam.

Penyelidik Antartika telah mengesan emas di udara sehingga 621 batu dari gunung berapi berkenaan.

Sekadar makluman, benua Artartika mempunyai 138 gunung berapi dan menurut kajian 2017, sekitar sembilan daripadanya dilaporkan aktif.

Dengan ketinggian puncak 12,448 kaki (3,794 meter), Gunung Erebus popular dalam kalangan pendaki dan pelancong.

Malah, gunung tersebut juga merupakan salah satu daripada tiga gunung berapi yang membentuk Pulau Ross.

Pada tahun 1841, ia meletus semasa pelayaran Kapten James Clark Ross yang ketika itu menjalankan tinjauan magnet di Artik dan Antartika.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : |Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*