Ibu Makan Hati Anak Autisme Dilayan Teruk Masa Beraya, Dituduh Hilangkan Barang Kemas

Anak merupakan anugerah terindah buat setiap pasangan yang telah berkahwin

Tambahan lagi, buat mereka yang sudah lama menantikan zuriat. Bukan semua orang dikurniakan rezeki anak pada waktu yang cepat. Oleh itu, ibu bapa haruslah bersyukur dan terima anak seadanya walau apa pun keadaan mereka.

Tular pula luahan hati seorang wanita baru-baru ini yang sedih kerana anak autismenya dilayan buruk semasa balik ke kampung beraya.

“Seminggu dah kena marah, kena jerit, kena perli, kena halau, kena jeling. Okay jomlah balik ke sarang. Anak syurga ibu.

A boy were busy reading a book during the Kuala Lumpur International Book Fairs at World Trade Centre yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Kanak-kanak istimewa tidak patut disisihkan. -Gambar hiasan

“Bersabarlah kita okay. Anak ibu pun berhak raya macam orang,” tulis wanita itu pada sebuah video tular di aplikasi TikTok.

Ketika berada di kampung, dia mendakwa anak istimewanya yang berusia lapan tahun itu turut dituduh menghilangkan barang kemas.

“Dia kena tuduh hilangkan barang kemas. Rasa nak jerit-jerit. Bengkak sungguh rasa hati. Padahal anak tu tak usik barang, tak kacau barang pun. Jumpa dah barang tu.

Anak saya happy person. Mengamuk tidak, menyusahkan pun tidak. Dia tak diam sesaat, buat orang penat tengok dan rimas.

IBU

“Kami ni jarang balik kampung. Anak suka suasana kampung. Dapat bebas main. Kami duduk rumah atas. Kesian dia jarang dapat bebas main,” ujarnya lagi.

Menjawab soalan netizen di TikTok, wanita itu berkata anaknya didiagnos menghidap autisme sejak berusia dua tahun.

“Anak saya memang dari dua tahun dah didiagnos autisme ADHD (Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan). Anak saya budak baik je.

“Cuma dia tak diam. Anak saya happy person. Mengamuk tidak, menyusahkan pun tidak. Dia tak diam sesaat, buat orang penat tengok dan rimas.

“Anak saya jenis tak mengamuk, tak bising, tak jerit. Dia tak diam je perangai dia. Tu pun orang susah nak berlapang dada,” ceritanya lagi di ruangan komen.

Dalam pada itu, beberapa individu yang mempunyai anak istimewa turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.

“Anak saya ada mild ADHD pun kerap kena tengking dan marah-marah.

Chef Ridzuan MalekRamadan review. at Paya Serai, Hilton PJ —SHAARI CHEMAT/The Star

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*