Dituduh Calarkan Kereta, Tiga Beradik Diusir Emak Saudara… Paling Sedih Arwah Ibu Turut Kena Maki

BARU-BARU ini tular rakaman video individu bernama Haziq dimarahi oleh seorang wanita yang merupakan ibu saudaranya dan meraih perhatian ramai hingga mendapat tontonan sebanyak 1.7 juta di aplikasi TikTok.

Dalam rakaman tersebut, pemuda berkenaan mendakwa dia telah dihalau serta dilemparkan kata-kata kesat atas kesalahan mencalarkan kereta ibu saudaranya itu.

Tidak menyangka video dikongsi tular, Haziq, 21, berkata bukan niatnya untuk mengeruhkan keadaan dengan berkongsi hal keluarga kepada umum namun sekadar berharap ibu saudara menyedari kesilapan itu.

“Semasa kejadian itu kereta mak cik saya calar kemudian dia hantar mesej kepada kami yang ketika itu keluar beraya dan meminta untuk pulang ke rumah dengan segera, kemudian bila tiba nampak beg saya dan adik-adik kena campak di luar rumah

“Makcik tuduh saya punca keretanya calar kemudian maki hamun saya walaupun saya dah jelaskan bukan kami yang buat perkara itu, saya dihalau terus selepas tu… ahli keluarga lain semua dah tahu perangai makcik macam tu dan saya reda mungkin Allah nak uji kami.

“Bukan niat nak kongsi untuk burukkan sesiapa tapi itu sekadar luahan sebab apa-apa memang akan kongsi di TikTok tak sangka pula tular,” kata Haziq.

Video:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*