Terpisah Sejak Ibu Meninggal. Tiga Adik Tak Pernah Tahu Ada Kakak, Kembali Bertemu Selepas 15 Tahun.

Tular di media sosial memaparkan tiga adik tidak pernah tahu mereka mempunyai seorang kakak kembali bertemu selepas 15 terpisah selepas ibu meninggal dunia.

Perkongsian pengguna TikTok dikenali Arinaa Adam bertemu secara bersemuka dengan dua orang adik lelakinya menyentuh hati warganet, termasuk panggilan video bersama adik perempuan.

Adik tak tahu ada kakak, kembali bertemu ..

Menerusi perkongsian tular, Arinaa memaklumkan mereka semua terpisah selepas ibu meninggal dunia dan tiga adiknya dibesarkan di bawah jagaan saudara sebelah bapa tiri.

Sepanjang perpisahan mereka, tiga adiknya tidak pernah tahu mengenai kewujudan kakak mereka.

“Kami terpisah selepas mak kami meninggal dan lepas pada itu tak pernah berjumpa sebab adik tinggal dengan saudara belah bapa tiri.

“Sehingga hari itu, kami semua terpisah dan tak kenal dah adik. Adik pun tak tahu dia ada kakak,”kongsinya.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana dapat bertemu dengan adik-adik dan ia merupakan Syawal paling bermakna pada tahun ini.

Rupanya satu daerah je selama ini!

Apa yang membuatkan dia terkejut dan tergamam apabila mengetahui selama ini mereka tinggal dalam satu daerah yang sama sahaja, namun tidak mengenali antara satu sama lain.

Malah, salah seorang adik lelakinya juga sebelum ini pernah datang membeli makanan di kedai miliknya dan mereka juga pernah ke restoran tempat adiknya bekerja.

“Sembang-sembang dan teman dia makan, adik cakap pernah datang bungkus makanan kat kedai ini (kedai makan saya/ kakak). 

Dalam pada itu, Arinaa sebak ketika membuat panggilan video bersama seorang lagi adiknya.

<> @arinaadam_boss

SELEPAS 15tahun Cantik nye kamu Adik.mcm muka arwah Mama.Alhamdulillah dpt VC dah adik bongsu.Subhanallah Allah maha kaya.Terima Kasih Ya Allah

♬ original sound – rashied ghoul


Ujarnya, wajah adik perempuannya saling tidak tumpah seperti wajah arwah ibunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*