Meninggal Hari Jumaat, 24 Ramadan,’Tubuh Berpeluh’, Hangat Sampai Liang Lahad.. Anak Kongsi Amalan Bapa

Kematian yang baik adalah idaman bagi setiap umat Islam. Termasuklah meninggal duania pada hari Jumaat, kerana ia penghulu bagi hari-hari yang lain. Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

SEORANG wanita tular di TikTok selepas dia berkongsi tentang bapanya yang meninggal dunia pada 24 Ramadan lalu.

“Ramai yang tanya, apa amalan ayah sehingga begitu mulia sekali sewaktu Allah jemput ayah pulang. Perginya sangat mudah seolah-olah sedang tidur.

United in prayer: Muslim taking part in evening mass prayers known as ‘Terawih’ to welcome the holy fasting month of Ramadan at the The National Mosque in Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Umat Islam perlu menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah sepanjang hidupnya. -Gambar Hiasan

“Jasad ayah tidak dingin, panas dan berpeluh. Sehingga ke liang lahad jasad ayah masih hangat. Tubuh ayah juga lembut sewaktu anak-anak mandikan.

“Seolah-olah mandikan sewaktu ayah hidup. Tidak perlu letak minyak di setiap sendi. Perginya di hari mulia, bulan mulia, 24 Ramadan. Malam tu pula malam ganjil malam Jumaat,” ujarnya.

Sepanjang hayatnya, Rafina berkata arwah merupakan seorang individu yang menjaga solat di awal waktu dan sentiasa ke masjid.

Jika anak-anak ayah ada, kami pasti meraung dan mengganggu konsentrasi ayah saat akhir tu.

RAFINA RITHSAQISYA

Malah, arwah juga sentiasa mengaji al-Quran dan akan memastikan dirinya khatam seminggu sekali.

Mengimbas detik kematian, Rafina berkata bapanya sebenarnya tidak sakit, sekali gus membuatkan pemergian itu tidak dijangka sama sekali.

“Ayah pergi dalam keadaan sihat walafiat. Dia sedang berbual dengan mak, adik ayah dan sepupu ayah. Adik yang tinggal serumah pun pergi kerja macam biasa hari tu sebab dia sihat.

“Saya sempat video call waktu itu, saya ingatkan ayah hanya penat nak tidur. Rupanya ayah pergi untuk selamanya. Selepas mengucap dua kalimah syahadah, kalimah tauhid dan Allahu sebanyak tujuh kali. Sangat pantas.

“Dari saya video call tu, tak sampai 15 minit ayah pergi. Ayah sempat pandang saya sebelum tu. Sangat senang ayah pergi. Tak seperti dalam keadaan sakaratulmaut pun. Tenang sangat,” imbasnya.

Tambah Rafina, dia menerima takdir dengan hati terbuka, malah menganggap semua yang berlaku disusun indah oleh sang pencipta.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Kematian bapa pastinya memberi kesan emosi terhadap anak-anak. -Gambar hiasan

“Ayah nak pergi dalam keadaan tenang. Tanpa anak-anak di sisinya. Hanya ibu kami, adik ayah, sepupu ayah dan ahli jawatankuasa masjid.

“Allah dah atur yang terbaik untuk ayah. Jika anak-anak ayah ada, kami pasti meraung dan mengganggu konsentrasi ayah saat akhir tu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*