Kakak Meninggal Akibat Jangkitan Kuman Dalam Otak, Kaka Azraff Ambil Alih Tugas Jaga 4 Anak Buah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, begitulah nasib malang yang menimpa anak saudara kepada penyanyi Kaka Azraff apabila kehilangan ibu mereka, empat hari sebelum Ramadan baru-baru ini.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 35, berkata, dia dan adiknya menawarkan diri membantu membesarkan anak-anak saudaranya bagi meringankan beban abang iparnya.

“Kakak saya meninggal dunia secara mengejut dan dia tinggalkan empat orang anak dan sekarang saya dan adik menjaga mereka.

“Saya dan adik berjanji untuk membantu membesarkan mereka apatah lagi abang ipar saya juga tiada adik-beradik lain dan pada kamilah dia berharap,” katanya

Untitled design (84)

Kakak sebak mengenangkan pemergian orang tersayang.

Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program terbaharu The Hardest Singing Show yang berlangsung pada petang Selasa.

Allahyarham kakaknya iaitu Nor Afida Noor Azraff meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman dalam otak dan meninggalkan empat orang anak berusia di antara tiga hingga 14 tahun.

Dalam pada itu, Kaka berkata, tidak sukar menjaga anak-anak saudaranya memandangkan hubungan mereka memang rapat.

Malah Kaka sudah menganggap mereka sebagai anak kandung sendiri.

“Sebelum saya berkahwin dan ada anak sendiri pun mereka sudah seperti anak saya sendiri.

“Hubungan kami memang rapat, kalau perasan saya juga selalu memuat naik foto mereka di media sosial,” ujarnya.

Kaka turut meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Adam Azriff tidak menghalang dan mengizinkan dia menjaga anak-anak saudaranya.

Malah katanya, Adam sendiri meluahkan idea itu kerana berasa kasihan mengenangkan nasib menimpa dan mahu mereka merasai kasih sayang daripada orang sekeliling.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*