“Bahawa Saya Adnan Abu Menceraikan Adira Suhaimi Dengan Talak Satu,” – Datuk Red

Penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sah bercerai talak satu selepas Datuk Red, 46, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, di sini, pagi ini.

Adnan, melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.40 pagi.

“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaznya.

ADIRA 1

Adira dan Adnan sah bercerai talak satu.

Adnan atau Datuk Red kelihatan sugul dan tertunduk sayu selepas melafazkan cerai manakala Adira pula kelihatan tenang.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan.

Pada 25 Oktober lalu, Adira memfailkan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama atas alasan tiada lagi persefahaman.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan sama terhadap Adnan pada 1 April 2019 namun menarik semula bagi memberi peluang kepada suaminya itu selain cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

adira 44

Adira bersama empat orang anaknya.

Adira sebagai isteri kedua dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

 

Perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertama, Datin Red mempunyai lima cahaya mata.

Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*