“Nak bayar kereta pun tak mampu…” – Netizen label scandal Aliff Aziz sebagai bodoh

SUSULAN tersebarnya pelbagai mesej perbualan dipercayai di antara Aliff Aziz dan individu dinamakan sebagai NRF tular sejak malam Rabu, ramai mula melabel pelakon dan penyanyi itu sebagai lelaki tidak boleh diharap.

Netizen turut menempelak Aliff selepas mengetahui selama ini dia menggunakan kenderaan milik isterinya iaitu Bella Astillah walaupun aktres itu pernah mendedahkan ia adalah hadiah daripadanya.

Soal netizen, bagaimana ramai wanita boleh terpedaya dengan pelakon dan penyanyi asal Singapura itu biarpun mereka sedar dia tidak berduit.

Malah menerusi pengakuan yang dibongkarkan di media sosial, Aliff turut mendedahkan dia tidak tahu bagaimana untuk membayar ansuran kereta yang digunakan sehingga terfikir untuk memulangkannya kepada Bella.

Antara komen-komen netizen yang dikongsi di aplikasi X.

Antara komen-komen netizen yang dikongsi di aplikasi X.

“Kelakarlah, kau bayangkan Aliff yang perempuan keliling pinggang sana sini itu boleh tak ada lesen dan pakai kereta yang diberi oleh isteri.

“Bodoh gila perempuan-perempuan yang gilakan Aliff ni. Kereta bini bayar, nak bayar kereta sendiri pun tak mampu dengan lesen tak ada… Itu pun ramai perempuan berebut nak dia,” tulis netizen.

Sebelum ini, menerusi perbualan di WhatsApp yang dikongsi oleh kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine, seorang individu yang dinamakan ‘NRF’ berbincang cara menukar nama kereta pemberian Bella.

Aliff memberitahu bahawa proses tersebut mungkin sukar untuk dilakukan kerana dia tidak mempunyai lesen memandu.

Pendedahan itu membuatkan netizen menggesa pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan ke atasnya.

“Secara literal Aliff ini tidak berduit. Pinjaman kereta pun tak boleh bayar, lesen pun tak ada.

“Hello JPJ Aliff tu lesen kereta pun tak ada sangkak betul artis s**l ni. JPJ boleh ambil tindakan tak?” ujar netizen.

Pada malam Rabu, Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan Aliff dan NRF sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia ialah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat.

Aliff didakwa tidak berduit kerana menggunakan harta milik isteri.

Aliff didakwa tidak berduit kerana menggunakan harta milik isteri.

Pada 13 Mac lalu Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semasa sebutan pertama kes tersebut Aliff enggan melafazkan ceria atas alasan masih sayangkan isterinya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*