Borak Raya Bertukar Duka! Anak Terguris Bapa Perlekeh Suami Depan Saudara Mara, Risau Terbenci Ayah Sendiri

HIDUP berumah tangga bukanlah semudah yang disangka kerana ujian dan masalah yang timbul ada kalanya tidak pernah diduga.

Antara cabaran yang paling sukar dihadapi adalah berdepan dengan mentua kerana tidak semua orang bernasib baik mendapat ibu bapa pasangan yang baik hati dan memahami.

Seorang wanita berkongsi kisah sedih di pagi raya mengenai suaminya yang dimalukan oleh bapanya sendiri.

“Tahun ni saya beraya di rumah ibu bapa saya, sedih betul hati saya raya-raya ni. Macam biasa ada saudara-mara yang datang dari jauh untuk menziarahi keluarga saya.

936145

Dalam situasi tertentu, ada anak yang terasa hati dengan kata-kata ibu bapa. -Gambar hiasan

“Kita ramai-ramai duduk di dapur ayah, suami saya dan saudara-saudara lelaki yang lain. Borak pasal gaji dan ekonomi. Saya terdengar yang ayah cakap sekarang ni kalau gaji RM3,000 pun tak cukup nak hidup.

“Ayah jadikan pula suami saya sebagai contoh. Tengok macam si tut (suaminya). Gaji tak sampai RM3,000 kehidupan daif, apa pun tak ada,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Wanita itu mengakui dia amat terkilan apabila mendengar kata-kata itu apatah lagi ia dilontarkan oleh bapanya sendiri

“Saya sebagai isteri nak nangis rasa ayah cakap suami saya macam tu depan saudara mara. Saya rasa saya mungkin anak yang menyusahkan sebab saya suri rumah hanya harapkan suami,” katanya.

Bercerita lanjut, wanita itu yang berkahwin pada usia 19 tahun berkata sejak awal perkahwinan bapanya kurang berkenan dengan si suami kerana lelaki itu hanya melakukan ‘kerja kampung’.

Malah dia dan suami pernah dihalau oleh ibu bapa ketika sarat mengandung anak pertama.

“Ketika hamil anak pertama kami duduk dengan mereka. Mereka pun pernah halau kami laki bini walaupun saya tengah sarat mengandung. Mungkin sebab waktu tu suami kerja kampung sahaja gaji pula tak seberapa.

“Walaupun makan gaji hari suami tak pernah lupa hulur duit beli barang dapur ketika duduk bersama mereka. Sekarang saya tinggal di Johor Bahru, suami kerja di sini. Alhamdulillah gaji tak RM4,000 hingga RM5,000 tapi suami tak pernah lupa tanggungjawab dia,” katanya.

Mereka pun pernah halau kami laki bini walaupun saya tengah sarat mengandung.

ISTERI

Sangkaan bahawa ibu bapanya akan berubah sikap apabila mereka berpindah ternyata salah.

Tindakan bapanya yang tergamak memperlekehkan suaminya di hadapan saudara mara sangat membuatkan hatinya terluka.

“Saya sedih sangat ayah banyak caci maki keluarga saya. Suami saya selalu beritahu pada saya, tak payah simpan dalam hati. tapi saya takut dalam diam dia yang pendam.

“Sebab suami saya jenis pendiam, dia selalu telan sahaja semua kata-kata buruk walau macam mana pun keadaan tu. Saya tak tahu macam mana lagi nak elak supaya saya tak timbul rasa benci pada orang tua saya.

WhatsApp Image 2024-04-20 at 14.41.24 (1)

Sebahagian komen warganet.

“Saya takut satu hari nanti rasa benci tu datang,” kongsinya lagi.

Perkongsian tersebut menyebabkan rata-rata netizen kurang setuju dengan tindakan bapa wanita tersebut.

“Eloknya masa tu juga angkat kain baju balik beraya dan jalan. Tak payah tunggu. Masa tu boleh sedar dah sebab mulut dia kita balik. Wujud ya ibu bapa yang suka burukkan anak sendiri, gahkan orang luar yang kerjaya lebih bagus.

“Saranan saya, baik elak berjumpa kalau balik pun tidurlah sekadar satu malam sahaja, kalau saudara mara datang awak ‘plan’ la keluar jalan-jalan dengan suami awak. Kita ni nak lawan cakap orang tak kan faham, nak cerita kebaikan suami, lagilah orang tak nak dengar.

“Orang kalau dah tak suka buat apa pun tak suka. Jadi baik diam kan diri sahaja, bawa diri, balik sekadar tunjuk muka cukuplah.

“Ibu bapa macam ni yang aku tak suka kalau boleh tak payah cerita hal anak-anak pada orang luar walaupun saudara sendiri. Kalau aku jadi sis, aku jawab biar gaji murah janji hidup tak menyusahkan orang tak minta duit orang aku paling benci kalau ada mak ayah suka banding-bandingkan anak menantu,” demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu ada juga netizen yang memintanya supaya tabah berdepan ujian.

“Doa banyak-banyak buat suami, semoga diberi kesihatan yang baik, rezeki berkelimpahan serta sentiasa dilindungi yang Maha Esa. Doakan juga yang baik-baik buat ayah.

“Sentiasa naikkan rasa syukur kerana ada suami yang baik, bertanggungjawab, tidak perlu kaya duniawi, sis sudah kaya dari segi kebahagiaan rumahtangga.

“Bersabar saja la, nak marah pun tu bapa kandung kau jugg sis. Abaikan anggap saja tu sebagai batu loncatan, doakan suami agar Allah luaskan, gandakan rezeki suami, mustajab tau doa seorang isteri, jangan la fikir sangat, ujian masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*