Alhamdulillah… Intan Ladyana selamat melahirkan anak lelaki

PELAKON Intan Ladyana selamat melahirkan bayi kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal sekitar pukul 12.45 tengah hari.

Berita gembira kelahiran itu turut dikongsi oleh suami kepada Intan iaitu pelakon Harris Aliff menerusi laman sosial miliknya.

“Syukur Harris Junior selamat dilahirkan,” katanya.

Dalam hantaran itu, dapat dilihat Harris bersama anak pertamanya iaitu Evie Khadeeja memberitahu dia sempat melakukan panggilan video selepas isterinya selamat bersalin.

Sementara itu, ibu kepada Harris iaitu Khaliza memaklumkan Intan dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Harris tak dapat nak teman sebab dia perlu jaga anak pertama, jadi saya yang teman Intan di hospital.

“Intan masuk hospital pagi tadi dan mula alami kontraksi sekitar pukul 11 pagi. Syukur segala urusan berjalan lancar,” jelasnya.

harris alif 3

Intan selamat lahirkan anak kedua secara normal.

Untuk rekod, Intan atau Intan Nurladuana Mohamat Yahaya, 42, mendirikan rumah tangga dengan Harris pada 5 Februari 2021.

Pasangan ini juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Evie yang dilahirkan pada 31 Januari 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*