Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa 3 Tahun. Kini Terpaksa Kerja & Salahkan Anak Tak Beri Duit.

Kegagalan mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ramai pesara terpaksa menghabiskan usia senja mereka tanpa sebarang simpanan selepas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diterima habis digunakan hanya dalam beberapa tahun.

Tanpa berfikir panjang, sikap boros keterluan itu akhirnya memakan diri setelah dia terpaksa keluar bekerja di usia yang sudah lanjut.

Demikianlan kisah dikongsikan pengguna FB bernama @Imlan Adabi ini yang wajar dijadikan peringatan buat kita semua.  Lebih malang lagi apabila kebanyakan wang simpanan KWSP itu yang berjumlah RM700,000 habis dalam tempoh 3 tahun.

Di umur 70 tahun, individu terbabit juga mempunyai komitmen besar seperti kad kredit dan juga pinjaman rumah. Tanpa muhasabah kesalahan sendiri, dia turut menyalahkan anak cucunya yang tidak memberikan wang bulanan bagi menanggung kehidupannya sekarang. Hakikatnya, mereka sendiri pastinya terbeban untuk memenuhi komitmen sendiri apatah lagi yang sudah berkeluarga.

Anak-anak bukan pelaburan hari tua kita

Mak ayah kena ada simpanan sendiri, anak-anak bukan pelaburan hari tua kita. Ketika anak-anak kecil, ramai mak ayah sudah merancang yang terbaik demi memastikan masa depan anak terjamin.

Zaman sekarang, mak bapak tak boleh nak harap anak-anak akan jaga mereka bila mereka sudah tua. Walau kaya macam mana pun, walau pandai macam mana pun anak kita. Sebab hidup sekarang dah tak macam dulu, semua orang struggle.

 

Sumber: FB Imlan Adabi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*