Lelaki Teruja Hantar Order Rumah Syamsul Yusuf. Siap Mintak Selfie, Ramai Tanya “Ira Kazar Tak Masak Ke?”

Seorang penghantar makanan teruja jumpa pengarah Syamsul Yusof dan berkongsi beberapa foto bersama figura itu sehingga mencuri perhatian warganet.

‘Rider’ teruja jumpa Syamsul Yusof

Individu itu berkata, gambar yang dikongsikan jelas menunjukkan pengarah berusia 39 tahun bukan seorang yang sombong, sebaliknya mesra dan melayannya seperti kawan.

Syamsul Yusof sendiri ambilkan gambar

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga disifatkan bertuah kerana dibenarkan di atas kereta mewah milik Syamsul sendiri untuk bergambar.

“Terbalik pula, tuan kereta yang tangkapkan gambar.

“Memang kami berdua sahaja ketika itu. Teringin juga nak bergambar dengan Lamborghini,”katanya ketika disoal netizen di ruangan komen.

Ira Kazar tak masak ke?

Selain itu, terdapat beberapa netizen meninggalkan soalan dan bertanya kepada individu terbabit sama ada dia melihat isteri Syamsul, Ira Kazar atau tidak semasa menghantar pesanan makanan di rumah pengarah tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mempersoal sama ada Ira Kazar tidak memasak sehingga menggunakan khidmat penghantar makanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdahulu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat sering menunaikan permintaan pengikutnya dengan berkongsi video memasak sambil membuat ‘voice-over’. Ira menunjukkan skil memasak menu makanan barat di Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak Ira menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar. Kemudian, bubur som som pula dipuji cukup rasa lemak.

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber: OMM, TikTok @siapasiapanantitahu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*