“Kita Semua Depan Kaabah. Dapat Rasa Tak?” Ramai Sebak Lihat Jemaah OKU Penglihatan Tunai Umrah.

Berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan bukan penghalang buat insan istimewa bagi mengerjakan ibadah umrah meskipun berdepan banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan sekumpulan OKU penglihatan mengerjakan ibadah umrah sambil dipimpin oleh mutawif.

Jelas terlihat di dalam video yang dimuat naik oleh syarikat pengendali umrah dan haji iaitu Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, sekumpulan jemaah OKU penglihatan ini dipimpin oleh mutawif untuk melakukan tawaf.

Bahkan, ada juga seorang wanita yang membantu menyuruh jemaah lain untuk ketepi bagi memberi laluan kepada mereka sewaktu menuju ke Kaabah.

Malah, turut jelas kelihatan seorang wanita membantu mengarahkan jemaah lain untuk memberi laluan kepada mereka menuju ke Kaabah.

“Allahuakbar. InsyaAllah, kita akan mulakan tawaf okey.

“Kita akan niat sama-sama. Terimalah umrah kami. Mudahkan urusan kami, ibadah kami, bantulah kami, ya Allah. Bantulah orang yang membantu kami, ya Allah,”doa mereka sebelum memimpin antara satu sama lain melakukan tawaf.

Semoga peroleh pahala umrah

Pihak Andalusia juga mendoakan agar para jemaah yang dijemput menjadi tetamu istimewa-Nya memperoleh pahala ibadah umrah.

“Kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayang semula di hadapan Yang Maha Pencipta di akhirat kelak.

“Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat satu hari nanti,”tulisnya penuh bermaksud.

 

Sumber: OMM, TikTok @umrahandalusiadotcom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*