Pemandu Kereta Kenari Guna Taktik Licik Elak Bayar Tol RM2, Selit Celah Bukaan Palang

Walaupun pelbagai undang-undang telah ditetapkan, tetapi masih wujud segelintir individu yang akan melakukan pelbagai perkara untuk culas membayar tol di jalan raya.

Sikap berkenaan membuatkan sesetengah pemandu berlakukuan tidak beradab seperti menghina dan mengugut pekerja tol seperti mana yang berlaku sebelum ini di Plaza Tol Segambut, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Bukan itu sahaja, ada juga pemandu yang dipercayai pernah mematahkan palang tol kerana bengang kad Touch ‘n Go miliknya tidak mempunyai baki mencukupi ketika melalui Plaza Tol di Bandar Sunway.

Pemandu Kenari Sanggup Menyelit Celah Palang Tol

Menerusi rakaman kamera dashcam dari sebuah kamera yang dimuat naik oleh pengguna Facebook (Francis Yirdaki CT), individu ini telah mendedahkan aksi tidak beradab yang dilakukan oleh seorang pemandu Perodua Kenari berwarna merah di plaza tol.

Dalam video terbabit, kereta Kenari tersebut dilihat memasuki lorong Radio Frequency Identification (RFID) sebelum memberhentikan kenderaannya.

Pada mulanya, pemilik video yang juga kereta dibelakang Kenari menyangka mesin RFID tidak dapat mengesan kereta berkenaan kerana dia dilihat mengundurkan kenderaan secara tiba-tiba.

Tetapi rupa-rupanya ada sebab lain pemandu itu mengundurkan keretanya.

Disebabkan kenderannya bersaiz agak kecil, jadi pemandu terbabit cuba untuk melepaskan diri daripada membayar tol dengan cara menyelit keluar di celahan palang tol.

Kalau anda tengok, palang tol berkenaan mempunyai ruang kosong di bahagian tengah.

Selepas sahaja Kenari itu berjaya melepaskan diri, kedengaran suara pemilik video yang terkejut melihat apa yang terjadi.

Netizen Pun Terkejut Lihat Kelicikan Pemandu Kenari Itu

Di ruangan komen video itu menunjukkan pelbagai reaksi dari netizen selepas menonton rakaman kamera dashcam tersebut.

Ada juga netizen yang bertanya bagaimana keadaan kereta berkenaan jika ingin melepasi tol-tol yang lain sekiranya dia tidak membayar tol yang dilalui di DUKE.

Malah, beberapa netizen juga sempat bergurau kononnya mereka mahu menukar kenderaan kepada kereta jenis Perodua Kenari pula selepas melihat kelicikan pemandu terbabit menyelinap keluar dicelah palang tol.

Sementara itu, segelintir netizen pula menumpu kepada bunyi muzik di dalam kereta yang merakan video tersebut yang dikatakn seiring dengan keadaan yang berlaku.

“Klimaks muzik memang on point betul,” kata netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : TRP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*