“Enggan Berselindung”- Suami Irma Hasmie Kongsi Foto Perkahwinan. Hubungan Dapat Restu Keluarga

Tiada angin tiada ribut, suami pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer dikhabarkan sudah berkahwin dengan wanita lain. Redza berkata dia kini mahu lebih memberi fokus kepada masa depan bersama isteri baharu yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

Enggan berdiam diri lagi, suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer akhirnya berkongsi foto majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hatinya.

Redza berkata dia kini mahu lebih memberi fokus kepada masa depan bersama isteri baharu yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

“Perjalanan baharu sudah bermula, akan lebih fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.

“Jazakumullahukahir untuk semua doa. Semoga Allah SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Redza Syah Azmeer (Sky) (@redzasyahazmeer)

Dua anak Redza bersama Irma dilihat turut menghadiri majlis tersebut.

Sementara itu, dalam hantaran yang lain, Redza memberitahu hubungan tersebut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain turut berkongsi foto memaparkan moment mengikat tali pertunangan dengan Fiza.

“Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini. Let’s make it proper,” katanya lagi.

Snapinsta.app_441028046_18427949797027012_1679718352001974156_n_1080

Foto pasangan itu bersama anak-anak.

Pada Ogos 2023, timbul dakwaan di mana rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama.

Malah menerusi satu temu bual bersama pemberita, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya.

Dia juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai perkongsiannya di Instagram.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*