Di laman X, seorang pemuda meraih perhatian ramai apabila mengadu tentang wajahnya yang kurang maskulin berbanding lelaki-lelaki lain.
Menurut pemuda itu, wajahnya yang kelihatan ‘jambu’ menyebakan dia sukar untuk mendekati perempuan, sekali gus menyukarkan urusannya dalam mencari jodoh.
Masalah jodoh boleh memberi tekanan kepada seseorang. -Gambar hiasan
“Lelaki muka jambu tak ada orang nak ke? Aku lelaki berumur 24 tahun. Boleh cakap ada rupa dan metroseksual. Tetapi kawan aku cakap aku muka jambu sangat.
“Aku tertanya-tanya, apa yang perempuan pandang dekat lelaki muka jambu eh? Sebab aku minat perempuan tapi tak ada perempuan yang nak dekat aku,” ujarnya.
Menerusi hantaran pada Isnin, pengadu berkata wajahnya yang kurang maskulin menyebabkan dia sering menarik perhatian kaum sejenis.
Tengok orang lain seronok je ada pasangan. Aku kena single forever ke?
LELAKI JAMBU
“Perempuan yang lain pun tak ada yang nak try aku. Yang paling teruk, lelaki pula banyak try aku.
“Macam mana aku nak cari teman wanita? Tengok orang lain seronok je ada pasangan. Aku kena single forever ke?” ujarnya lagi.
Kisah yang diceritakan pemuda berkenaan turut menerima pelbagai maklum balas netizen di laman X.
“Pada wanita, lelaki muka jambu bersikap memilih, sombong dan perasan. Awak cuba sopan-sopan dan banyak tegur dengan perempuan, Insya-Allah lekat.
“Perempuan minat muka bapa-bapa je kot. Muka jambu ni setakat untuk show off kawan-kawan je.
“Terlampau feminin kot. Dah la muka jambu, feminin pula tu.
“Kalau perasan, sekarang tengah trending muka pecah rumah dapat awek persis bidadari,” tulis netizen.
Lelaki berwajah jambu sering menjadi sasaran golongan gay. -Gambar hiasan
Pelayar X turut memberi nasihat kepada pemuda itu agar bersabar memandangkan usianya baru mencecah 25 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : M|Star
Leave a Reply