TINDAKAN anggota kumpulan K-Clique Fareed mendukung anak perempuannya iaitu Ayzel Maryyam sambil mengadakan persembahan pentas mencuri perhatian peminat.
Menerusi perkongsian video dimuat naik isteri Fareed, Ayzel turut memakai alat kedap bunyi kelihatan ‘blur’ walaupun ramai bersorak wajah comelnya di atas pentas.
Anggota K-Clique yang lain termasuk Noki turut dilihat mengagah Ayzel yang dilihat hanya mendiamkan diri saat dibawa ke atas pentas.

Ayzel turut memakai alat kedap bunyi.
Sebelum itu, aksi Ayzel yang asyik menari dan ketawa ketika berada di bawah pentas membuatkan persembahan K-Clique gamat dan ramai terkenangkan aksi bapa saudaranya iaitu MK.
“Ayzel menari dan ketawa ketika di bawah pentas terhibur melihat persembahan daddy (panggilan Fareed). Sekali naik atas pentas terus diam mungkin sebab nampak ramai orang.
“Ayzel bakal menggantikan bapa saudaranya MK bahagian rap nanti. Ayzel ni tahu tak pakciknya MK dan Sabhi Sadhi?,” komen netizen.
Untuk rekod, Fareed mendirikan rumah tangga dengan Siti Hawa Hamdan iaitu adik kepada MK pada 10 Oktober 2022.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayzel Maryyam yang dilahirkan pada 8 Ogos tahun lalu.
Fareed juga merupakan adik kepada penyanyi Sabhi Sadhi yang berasal dari Sabah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit :mstar

Leave a Reply