Ingat Bergurau, Pemilik Kedai Makan Teruja Pelanggan Betul-betul Datang Naik Helikopter

Seorang pemilik restoran menerima kejutan apabila didatangi pelanggan yang menaiki helikopter untuk menikmati makan tengah hari di premisnya di sini, hari ini.

Zaidi Hassan, 40, berkata, pada mulanya dia terkejut dan ketawa apabila menerima panggilan telefon daripada pelanggan tidak dikenali yang memaklumkan ingin ke restorannya dengan menaiki helikopter.

Sangkakan gurauan

Dia mengusahakan restoran makanan tradisional Melayu itu sejak dua tahun lalu menerima panggilan jam 1.35 tengah hari.

“Mulanya, saya ingat ada rakan yang mahu bergurau, dia (pelanggan) bagi tahu nak makan tengah hari menu set talam yang popular di restoran saya dengan beberapa individu lain menaiki helikopter.

 

“Terkejut dapat call tanya nak datang Dangau nak makan tengahari tapi naik helikopter. Mula-mula saya ingat ada kawan melawak. Tapi dia cakap dalam 15 minit lagi sampai.

“Lepastu dengar pula bunyi helikopter makin dekat an rendah, tudia nampak heli macam Airwolf woo, lawa.

“Terima kasih makan singgah,” katanya di ruangan kapsyen.

Pada video itu, kelihatan sebuah helikopter jenis N365RT AS365 Dauphin sedang mendarat berdekatan dengan kedai makan Dangau Langkawi.

Sementara itu, dalam satu temubual bersama Kosmo, Zaidi berkata helikopter itu tiba di kira-kira pukul 2 petang dan meluangkan masa selama sejam untuk menikmati makan tengahari di kedainya.

pelanggan datang naik helikopter

“Mungkin mereka tertarik dengan cara hidangan tradisional Melayu di YouTube atau TikTok saya yang membuatkan mereka ingin datang ke Dangau Langkawi, tetapi cara mereka datang kita katakan cara kayangan,” ujarnya.

Tambah Zaidi, kira-kira tujuh individu menaiki helikopter termasuk juruterbang dan mereka disertai kenalan yang datang dalam dua kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire.

Mantap! Semoga dimurahkan rezeki

Terbaik, rezeki tahun 2024

Rare, pelanggan datang naik helikopter

Dalam pada itu, ada juga netizen yang terhibur dengan kehadiran pelanggan tersebut yang sanggup menaiki helikopter semata-mata mahu ke kedai makannya.

‘Kasar’ cara melawak’

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan pergerakan helikopter tersebut ke lokasi kedai makan mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Sumber: Facebook Zaidi Hassan, Kosmo! (Nur Amalina Azman)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*