Irma Hasmie Sah Bercerai 6 Bulan Lalu

Kontroversi pergolakan rumah tangga pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama suaminya, Redza Syah Azmeer akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bercerai sejak enam bulan yang lalu.

Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Insta Story yang kemudian dikongsikan oleh pengacara yang juga penceramah motivasi, Amin Idris di IG Story.

“Bagi menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma serta Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

Terdahulu, hantaran suami Irma iaitu Redza Syah Azmeer mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita bernama Nur Hafiza Mohd Salim.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Irma bagaimanapun dilaporkan, enggan bercerita lebih mengenai berita itu sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Irma berhubung berita perceraian itu tidak berjaya.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*