Tular di media sosial apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Faiz Latif mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menabur paku di lebuh raya hingga menyebabkan 30 kereta tersadai tepi jalan gara-gara alami kerosakan di bahagian tayar.
Berlaku di Lebuh Raya Karak
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Faiz di laman TikToknya, dia antara mangsa terlibat memberitahu kejadian itu berlaku pada 29 April di sebuah lebuh raya sebelum Tol Karak pada jam 10 malam.
Menerusi video yang dimuat naik @mohdfaizlatiff, kejadian berlaku di Lebuh Raya Karak pada pukul 10 malam tadi.
30 kereta tersadai tepi jalan
Dakwanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan mangsa lain mendapati kesemua tayar yang bocor itu terkena jenis paku yang sama.
“Ada orang pedajal sebelum Tol Karak dekat selekoh double tu, ada paku terabur tengah jalan. Hati-hati semua yang lalu malam ni 29 April 2024.
“Hampir 30 biji kereta tersadai tepi jalan, bocor tayar dekat exit Temerloh 10 biji sekali dengan aku. Kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan aku berhenti di exit Temerloh,” ujarnya.
30 kereta tersadai tepi jalan

Siapa yang sanggup sabotaj?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan terhadap mangsa yang terlibat dan berasa bengang dengan perbuatan khianat si pelaku yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya.
Ramai yang syak golongan ni buat kerja

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit :

Leave a Reply