“Wife Sibuk Dengan Dunia Dia. Aku Pun Sibuk..”- Bapa Rancang Hantar Masuk Asrama Seawal Umur 7 Tahun

Buat mak ayah yang berhasrat untuk menghantar anak-anak berumur 12 tahun ke bawah tinggal di asrama, sewajarnya pertimbangkanlah sebaik-baiknya keputusan tersebut. Tak kiralah atas apa juga pendirian yang dirasakan betul.

Ini kerana anak-kanak berusia di bawah 12 tahun masih tidak sesuai untuk tinggal di asrama. Sama ada alasan untuk mengajar mereka hidup berdikari mahupun atas tujuan pendidikan. Pada usia ini anak terlalu mentah untuk menguruskan diri sendiri dan tempat paling sesuai untuk mereka adalah di rumah bersama keluarga dengan bimbingan ibu bapa sepanjang masa.

Perlu Sentuhan Kasih Sayang Mak Ayah

Pada usia ini kanak-kanak memerlukan sentuhan kasih sayang ibu bapa bagi membolehkan proses tumbesarannya seimbang, terutama dari segi emosi dan pemakanan.

Beliau berkata, anak perlukan perhatian, bimbingan dan kasih sayang sebagai sokongan untuk membesar dengan sempurna.

Begitu juga dengan perkongsian seorang bapa ini yang berhasrat mahu menghantar anaknya ke sekolah berasrama apabila menginjak usia yang layak memasuki sekolah rendah.

Mahu mendidik zuriat tunggalnya erti berdikari

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen, lelaki berkenaan memberi ‘alasan’ mahu mendidik zuriat tunggalnya erti berdikari, selain dia serta isterinya sibuk dengan kerjaya masing-masing.

anak 2

“Mana nak hantar anak ke hostel atau boarding school dekat Malaysia ni? Anak seorang je sekarang lima tahun. Nak hantar masa umur tujuh tahun nanti.”Wife sibuk dengan dunia dia. Aku pun sibuk. Dah decide tak mahu anak dah. Satu ni cukup. La (sekarang) ni nak ajar anak duduk jauh supaya senang… tak terlalu bergantung dengan parents dia,” demikian tulis lelaki berkenaan sebagaimana yang dikongsikan oleh akaun @meinmokhtar.

Perkongsian berkenaan mengundang kecaman hebat warga maya malah rata-rata netizen menyifatkan lelaki tersebut serta isterinya tidak layak menjadi ibu bapa.

“Orang nak kahwin, kau nak kahwin. Orang nak ada anak, kau nak ada anak. Dah ada anak, tak reti hargai pula. Rosak masa depan budak sebab ibu bapa selfish macam ni.

“Aku rasa suami isteri ni mesti jenis yang mood tak nak anak lagi… tapi ‘terbabas’. Bagi sajalah dekat orang kalau rasa macam tak nak jaga anak,” komen netizen.

Waktu kecil adalah waktu paling diingati sebagai anak. Nak hantar boarding school pun paling kecil umur 13 tahun.

NETIZEN

Sementara itu sebahagian netizen lain pula berpandangan anak pasangan berkenaan terlalu mentah untuk dihantar ke sekolah berasrama lebih-lebih lagi ketika kanak-kanak lingkungan usia tersebut lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa.

Nanti dah tua jangan mengadu anak derhaka sebab anak tak nak jaga.

Sebahagian besar netizen kurang bersetuju jika ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke asrama ketika masih kecil.

“Waktu kecil adalah waktu paling diingati sebagai anak. Nak hantar boarding school pun paling kecil umur 13 tahun. Biar dia besar dengan ada kenangan bersama mak ayah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*