Wan Maimunah ‘Meraung’ Dapat Panggilan Haji..

Tidak semua orang mampu mempunyai rezeki untuk melaksanakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji. Sama ada berpeluang dalam masa yang singkat atau perlu menunggu dalam tempoh yang lebih lama lagi.

Satu kegembiraan yang tidak tergambar apabila terpilih untuk menunaikan haji dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Pelakon senior, Wan Maimunah ‘meraung’ apabila Lembaga Tabung Haji memaklumkan dia terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini

Difahamkan Wan Maimunah akan berangkat ke tanah suci pada 10 Mei ini.

Susulan itu, pelakon yang berusia 67 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangka doa yang dipohon ketika mengerjkan ibadah umrah pada dua tahun lalu termakbul.

Wan Maimunah ‘meraung’

Wan Maimunah 'meraung'

“Bila diberitahu saya terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini, saya meraung.
“Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas.
“Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.
“Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.

Wan Maimunah ‘meraung’

“Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan.
“Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.
“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” katanya.

Wan Maimunah meraung dapat panggilan haji – “Masih tak percaya berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini

 

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*